Majlis Pembangunan Bakat Negeri Johor (JTDC) berperanan sebagai Pusat Sehenti (One-Stop Centre) utama bagi penyelesaian pembangunan bakat secara menyeluruh di Negeri Johor, yang ditubuhkan secara strategik bagi menangani keperluan bakat yang sentiasa berkembang di rantau ini.

JTDC dipengerusikan secara langsung oleh YAB Dato’ Sri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, dan dipengerusikan bersama oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor. JTDC merupakan satu bentuk kerjasama strategik yang melibatkan tujuh kementerian Persekutuan, lapan universiti awam yang berpusat di Johor, serta lebih daripada 100 institusi pendidikan TVET dan swasta.

SKILLS4JOHOR

SKILLS4JOHOR ialah sebuah inisiatif di bawah Majlis Pembangunan Bakat Johor (Johor Talent Development Council – JTDC) yang bertujuan meningkatkan kemahiran tenaga kerja di Johor bagi memenuhi permintaan industri, khususnya dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Program ini dibiayai melalui peruntukan khas sebanyak RM20 juta, dengan matlamat utama:

  1. Meningkatkan kemahiran tenaga kerja untuk memenuhi keperluan industri.
  2. Meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja dengan sasaran gaji premium.
  3. Mengurangkan ketidakpadanan kemahiran antara tenaga kerja dan keperluan industri.
  4. Menyusun semula ekosistem latihan dan tenaga kerja untuk menarik lebih banyak pelaburan ke Johor.

Program ini menyasarkan rakyat Johor atau pemastautin yang telah menetap lebih dari 5 tahun, serta pelajar lepasan diploma dan TVET. Latihan disediakan oleh institusi latihan berakreditasi, dan penyertaan majikan adalah digalakkan untuk memastikan kebolehpasaran tinggi peserta selepas tamat latihan.

Pemantauan, penilaian hasil latihan, dan pembayaran dilakukan dengan ketat bagi memastikan ketelusan serta keberkesanan inisiatif ini dalam membentuk tenaga kerja berkualiti di Johor.

PRO-MAHIR

Program Pembangunan Kemahiran Johor (PRO MAHIR) merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri Johor di bawah seliaan Unit Strategik Modal Insan (SMI). Program ini bertujuan meningkatkan kompetensi tenaga kerja mahir menerusi pelbagai program latihan dan pensijilan yang diiktiraf industri agar lebih berdaya saing, bersesuaian dengan perkembangan pesat sektor ekonomi dan memenuhi keperluan industri khususnya dalam zon ekonomi khas Johor-Singapura (JS-SEZ)

  • Lebih RM 22 juta sudah dibelanjakan sejak mula hinga 2026.
  • Seramai 3,500 orang telah mendapat manfaat.
  • Kursus yang ditawarkan: Elektrik Asas (1 Fasa) dan Penghawa Dingin, Pepasangan Sistem Fotovoltaic (Solar), Kimpalan, Certification Scheme for Personnel (CSWIP 3.0), Gas Pipe Fitter, Gas Pipe Insulation, Program Pengukuhan Kemahiran Teknologi Automotif, Program Blasting Painting Technician, Electric Vehicle (EV) Technician, Multi Axis CNC Programming, Program Integration PLC Programming with 3-Phase System, Shipping, Customs and Freight Forwarding Management, Smart Logistic Using IoT.

Program ini memberi tumpuan kepada belia, pencari kerja, serta pekerja sedia ada agar mereka lebih berkemahiran, mudah memperoleh pekerjaan, dan mampu bersaing dalam pasaran kerja.

JTDC JOB FAIR

JTDC Job Fair adalah karnival kerjaya yang dianjurkan oleh Unit Strategik Modal Insan melalui Johor Talent Development Council (JTDC), sebelum ini dikenali sebagai Gerak Kerjaya Johor (GKJ). Kini mentransformasikan jenama sebagai platform “JTDC Job Fair”, bertujuan memudahkan pencari kerja dan majikan berhubung secara langsung melalui sesi temuduga terbuka, semakan resume secara percuma, dan peluang pekerjaan dengan tawaran gaji yang  menarik. 

  • Dianjurkan oleh Unit Stategik Modal Insan Johor melalui Johor Talent Development Council (JTDC) dengan sokongan Kerajaan Negeri Johor.
  • Menyediakan platform percuma kepada pencari kerja mencari pekerjaan, temu duga secara langsung, dan klinik resume.
  • Melibatkan pelbagai syarikat dan industri yang menawarkan peluang pekerjaan dengan gaji yang menarik.

Sasaran utama JTDC Job Fair ialah membantu pencari kerja di sama ada graduan baharu, individu yang menganggur, atau mereka yang ingin menukar kerjaya. Pada masa yang sama, program ini menjadi platform strategik bagi majikan mendapatkan pekerja yang tepat mengikut keperluan syarikat. Matlamatnya adalah untuk mengurangkan kadar pengangguran serta melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing dan kompetitif.

K-Youth

K-Youth merujuk kepada K-Youth Development Programme, sebuah inisiatif kebolehpasaran kerja khusus untuk belia Malaysia yang dianjurkan oleh Khazanah Nasional Berhad. Program ini direka untuk melengkapkan peserta muda dengan kemahiran praktikal dan pengalaman industri yang relevan, bagi memperkukuh peluang pekerjaan mereka.

  • Peserta dapat elaun bulanan sekitar RM 2,500
  • Latihan merangkumi kelas + latihan kerja sebenar di syarikat.

Program ini memberi peluang kepada belia Malaysia berusia 16 hingga 30 tahun untuk menjalani latihan industri intensif selama 4 bulan. Khusus untuk graduan baharu dan pencari kerja yang belum menerima tawaran pekerjaan, inisiatif ini bukan sahaja menambah pengalaman kerja tetapi juga menjanjikan potensi penyerapan ke dalam industri selepas tamat program.

MY MAHIR

MyMAHIR adalah sebuah platform dan inisiatif nasional yang dibangunkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). Ia dibentuk untuk membantu memastikan bakat Malaysia dilengkapi dengan kemahiran masa hadapan—terutamanya dalam menghadapi cabaran AI, pendigitalan, dan ekonomi hijau

  • Platform ini percuma untuk digunakan.
  • Ada fungsi assessment kemahiran dan cadangan latihan.
  • Pengguna akan terima newsletter bulanan dengan info latihan, peluang kerjaya & berita industri.

YP & SUNWAY TES (ACCA)

Program ini merupakan kerjasama antara Johor Talent Development Council (JTDC), Yayasan Peneraju (YP), dan Sunway TES – Centre for Accountancy Excellence (CAE), dengan tujuan memperkasakan belia Johor melalui persijilan profesional dalam bidang perakaunan (seperti ACCA dan ICAEW

  • YP menyediakan dana khas (“work-up skill”) untuk membiayai latihan profesional ACCA, bertujuan menyokong pembangunan modal insan dalam kalangan belia Johor 
  • Sunway TES CAE berperanan sebagai penyedia latihan rasmi, lengkap dengan fasiliti dan tenaga pengajar professional, untuk memastikan kualiti pendidikan memenuhi piawaian antarabangsa 

Program ini khusus kepada rakyat Johor, terutama lepasan SPM, Diploma , dan Sarjana Muda dengan peluang latihan dan persijilan ACCA atau ICAEW. Ia menetapkan 600 tempat khas bagi peserta dari Johor untuk mendapatkan peluang kerjaya dalam bidang perakaunan profesional

OBJEKTIF JTDC

  • Menyelaraskan Pendidikan dan Latihan dengan Keperluan Industri

    • Menyusun semula inisiatif latihan dan pendidikan bagi memastikan graduan memiliki kemahiran yang diperlukan oleh industri.
  • Pusat Sehenti Tenaga Kerja Berkemahiran

    • Berfungsi sebagai pusat sehenti pengambilan pekerja berkemahiran serta bekerjasama dengan Invest Malaysia Facilitation Centre Johor (IMFC-J) bagi menarik pelaburan.
  • Kerjasama antara Industri dan Institusi Pendidikan

    • Memperkukuh hubungan antara syarikat dan institusi akademik bagi meningkatkan peluang kerjaya serta penempatan pekerjaan.
  • Pengumpulan dan Analisis Data Tenaga Kerja

    • Menggunakan data tenaga kerja bagi menjalankan pengumpulan dan analisis untuk memastikan perancangan pembangunan bakat di Johor memenuhi keperluan sektor pada masa hadapan.

FOKUS JTDC

  • Logistik
  • Pembuatan
  • Perkhidmatan Kewangan
  • Perkhidmatan Perniagaan
  • Ekonomi Digital
  • Pelancongan
  • Keselamatan Makanan
  • Pendidikan
  • Kesihatan
  • Tenaga
  • Ekonomi Hijau

SOALAN LAZIM JTDC

Majlis Pembangunan Bakat Johor atau Johor Talent Development Council (JTDC) adalah inisiatif strategik yang bertujuan untuk membangunkan bakat
tenaga kerja tempatan di Johor, Malaysia.

Objektif utamanya adalah untuk menyelaras kumpulan tenaga kerja mengikut keperluan industri, memastikan kumpulan tenaga kerja tempatan adalah
berkemahiran, berdaya saing, dan responsif terhadap permintaan pasaran pekerjaan di Johor.

JTDC menawarkan peluang dalam 10 sektor utama seperti berikut:

  • Sektor pembuatan
  • Sektor keterjaminan makanan
  • Sektor ekonomi digital
  • Sektor tenaga
  • Sektor penjagaan kesihatan
  • Sektor pelancongan
  • Sektor pendidikan
  • Sektor logistik
  • Sektor perkhidmatan perniagaan
  • Sektor perkhidmatan kewangan

Sektor-sektor ini dipilih berdasarkan potensi pertumbuhan mereka, permintaan
terhadap tenaga kerja berkemahiran dan penyelarasan industri utama dalam
JS-SEZ.

Penubuhan JTDC bertujuan untuk merapatkan jurang antara bakat tenaga kerja dan peluang pekerjaan dengan memastikan individu tersebut dilatih secukupnya dan memiliki kemahiran yang diperlukan oleh majikan. Walaupun ia mungkin tidak serta-merta dapat mengisi ke semua kekosongan jawatan, namun begitu secara signifikan ia akan meningkatkan kebolehpasaran dan pemadanan pekerjaan dari masa ke masa.

JTDC menentukan kebolehpasaran sektor dengan melakukan penyelidikan pasaran tenaga kerja, menganalisis trend pekerjaan, berinteraksi dengan pihak berkepentingan industri, dan menilai faktor pertumbuhan ekonomi. JTDC juga mengambil kira maklum balas daripada majikan dan data berkaitan kekosongan pekerjaan serta kekurangan tenaga mahir.

Pemain industri boleh memainkan peranan penting dengan memberikan pandangan tentang keperluan industri semasa, menawarkan peluang latihan industri, menyertai proses pembangunan kurikulum, dan komited untuk mengambil graduan daripada saluran tenaga kerja JTDC. Mereka juga boleh menyediakan dana dan sumber untuk menyokong inisiatif pembangunan bakat, bukan sahaja melalui biasiswa dan geran tetapi juga dengan melabur dalam kemudahan latihan dan peralatan, membantu penyelenggaraan mesin, melatih jurulatih (ToT), dan membekalkan bahan latihan.

Ya, pembangunan JTDC berpotensi untuk menghasilkan bakat yang memenuhi permintaan semasa industri. Dengan penumpuan kepada program latihan yang disasarkan dan menyelaraskan pembangunan kemahiran mengikut keperluan pelbagai sektor, JTDC dapat meningkatkan kesediaan dan kebolehpasaran tenaga kerja tempatan secara signifikan. Walaupun ia mungkin mengambil masa untuk sepenuhnya memenuhi semua keperluan industri, inisiatif ini adalah langkah positif ke arah merapatkan jurang kemahiran dan memastikan pasaran pekerjaan yang lebih berdaya saing.

JTDC menyokong agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negeri dengan bekerjasama dengan institusi TVET, memastikan program yang ditawarkan adalah memenuhi piawaian dan keperluan industri, dan menyediakan laluan kerjaya bagi memudahkan proses peralihan para pelajar dari alam pendidikan ke alam pekerjaan.

JTDC bekerjasama membentuk perkongsian bersama pemain industri, institusi pendidikan, dan penyedia latihan. Asas perkongsian ini boleh memudah cara latihan industri, pembelajaran berasaskan kerja (WBL), program perantisan, dan program latihan di tempat kerja. Selain itu, mereka bekerjasama untuk menyelaraskan kurikulum dan program latihan mengikut keperluan industri.

Ya, JTDC boleh membantu mengurangkan kadar ketidak padanan dengan menyediakan program latihan dan pembangunan yang disasarkan, selaras dengan kelayakan dan kemahiran yang diperlukan oleh majikan. Dengan meningkatkan keberkesanan di antara pembelajaran dan program latihan, JTDC dapat memperbaiki pemadanan pekerjaan dan mengurangkan kadar ketidakpadanan pekerjaan.

Cabaran termasuk menyelaraskan hasil pendidikan dengan keperluan industri, memastikan akses kepada latihan berkualiti untuk semua golongan, mengatasi halangan geografi dan sosioekonomi, mengikuti perkembangan teknologi yang pesat, dan mengekalkan bakat dalam negeri ini.

AKTIVITI JTDC

POSTING FACEBOOK

Senarai syarikat atau pemain industri, pelabur, institusi pendidikan
yang telah bekerjasama dengan JTDC

 
© Copyright 2026 - Laman Web Rasmi Unit Strategik Modal Insan Johor
Skip to content