PRO-MAHIR
Program Pembangunan Kemahiran
Pro-Mahir adalah inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Johor melalui Unit Strategik Modal Insan (SMI) untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja melalui pelbagai program latihan dan pembelajaran. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada individu, terutamanya golongan muda dan pekerja, untuk memperoleh kemahiran yang relevan dengan keperluan industri.









