KARNIVAL KERJAYA

Karnival Kerjaya  adalah sebuah inisiatif utama yang dilakukan bagi tujuan memperkasakan modal insan di negeri Johor. Program ini bertindak sebagai pemangkin dalam usaha menyokong pembangunan kerjaya dan menjamin peluang pekerjaan yang lebih luas untuk rakyat Johor. Dahulunya dikenali sebagai Gerak Kerjaya Johor. Pada tahun 2025, penjenamaan semula dilakukan dengan memperkenalkan nama baharu iaitu JTDC Job Fair, sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri untuk memberikan wajah yang lebih segar, profesional dan berdaya saing tinggi.

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif pelaksanaan program Karnival Kerjaya adalah untuk menyediakan platform bagi membantu rakyat mendapatkan pekerjaan daripada pelbagai sektor sekaligus memudahkan pihak majikan memperoleh tenaga kerja dengan lebih efektif.

  • Meningkatkan Peluang Pekerjaan

    • Membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Johor melalui kerjasama dengan syarikat tempatan dan antarabangsa.
    • Menyediakan platform pencarian kerja seperti pameran kerjaya dan portal pekerjaan dalam talian.
  • Mengurangkan Kadar Pengangguran

    • Program ini secara langsung bertujuan membantu golongan penganggur, graduan baharu, dan individu yang diberhentikan kerja mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran mereka.
  • Memperkukuh Hubungan Industri

    • Mewujudkan jaringan kukuh antara kerajaan, agensi berkaitan, dan sektor swasta untuk memastikan kesinambungan peluang pekerjaan.

FOKUS PROGRAM

Salah satu komponen penting Karnival Kerjaya adalah mewujudkan ekosistem pemadanan pekerjaan yang efisien. Melalui pameran kerjaya, portal pekerjaan, dan temuduga terbuka, program ini memudahkan interaksi antara pencari kerja dan majikan. Ia juga memastikan pekerja ditempatkan dalam sektor yang sesuai dengan kelayakan dan kemahiran mereka.

STATISTIK KESELURUHAN PROGRAM

(TAHUN 2026)

Data sehingga 31 Julai 2026

Chart-bar Chart-bar

5,876

Pengunjung

Chart-bar Chart-bar

8,666

Jawatan

Chart-bar Chart-bar

152

Majikan

LAPORAN:
KARNIVAL KERJAYA

(GEGAR & JTDC JOB FAIR)

SUCCESS STORIES

PROGRAM GERAK KERJAYA BUKA PINTU REZEKI BUAT AINA

#Tangkak – “Ini semua hasil keberkatan doa ibu saya”. Itulah antara kata-kata yang diucapkan oleh Aina Nabila Faizah, 29 yang berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai perunding Takaful selepas menghadiri temu duga terbuka di Gerak Kerjaya ‘MYFutureJobs’ di Tangkak.

Bakal menamatkan pengajian sarjana dalam jurusan kejuruteraan bioproses di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Aina sudah bersedia sejak tengah hari bagi menghadiri temu duga mendapatkan tempat sebagai perunding Takaful di Hong Leong MSIG Takaful yang ditawarkan dalam program bersempena Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor @ Tangkak 2024 di Dataran Tangkak, Johor.

Tanpa berfikir panjang, gadis berasal dari Pagoh yang pernah berkhidmat sebagai guru ganti di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Pasir Muar ini mengetahui iklan hebahan mengenai penganjuran program Gerak Kerjaya MYFutureJobs melalui emel yang diterima dan terus membuat keputusan untuk hadir ke sesi temu duga terbuka .

Anak bongsu dari 12 beradik itu kemudiannya menerima berita gembira selepas diterima bekerja dan menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri dan Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) yang menyediakan platform menghubungkan pencari kerja dan majikan menerusi program seumpama itu.

Gerak Kerjaya MYFutureJobs Tangkak 2024 sempena siri ketujuh Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor @ Tangkak menyaksikan sebanyak 507 jawatan kosong ditawarkan oleh 11 majikan dari pelbagai bidang dan telah dihadiri oleh seramai 169 pencari kerja daripada 598 pengunjung.

© Copyright 2026 - Laman Web Rasmi Unit Strategik Modal Insan Johor
Skip to content