TENTANG SMI

Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) merupakan sebuah agensi di bawah Kerajaan Negeri Johor yang berperanan sebagai peneraju dalam pembangunan modal insan negeri.

Ditubuhkan pada tahun 2016 dan melalui penjenamaan semula pada tahun 2019, SMI berfungsi sebagai pusat koordinasi utama dalam merancang, melaksana dan memantau inisiatif pembangunan modal insan di Johor.

SMI memainkan peranan penting dalam menghubungkan pihak kerajaan, industri, institusi pendidikan serta pemain utama lain bagi memastikan pembangunan bakat yang selaras dengan keperluan ekonomi negeri. Fokus utama meliputi pembangunan kemahiran, padanan pekerjaan, pengurusan tenaga kerja serta pengukuhan kerjasama awam dan swasta.

OBJEKTIF

  • Menerajui dan menyelaras ekosistem pembangunan modal insan Negeri Johor

  • Memastikan penawaran tenaga kerja selaras dengan keperluan industri

  • Meningkatkan kebolehpasaran dan kemahiran tenaga kerja tempatan

  • Mengukuhkan kerjasama strategik antara kerajaan, industri dan institusi latihan

  • Menyokong pertumbuhan ekonomi negeri melalui pembangunan bakat berkualiti

MISI

  • Merancang dan melaksanakan program pembangunan modal insan yang strategik dan berimpak tinggi
  • Menyediakan platform padanan pekerjaan serta peluang peningkatan kemahiran
  • Mengoptimumkan penggunaan data dan analitik bagi perancangan tenaga kerja
  • Memperkasa kolaborasi awam-swasta dalam pembangunan bakat
  • Menyokong dasar dan inisiatif kerajaan negeri dalam pembangunan ekonomi dan sosial

VISI

Menjadi peneraju utama dalam pembangunan ekosistem modal insan yang mampan, berdaya saing dan berimpak tinggi di Negeri Johor.

VIDEO KORPORAT SMI

STATISTIK PENCAPAIAN

DARI TAHUN 2018 HINGGA TAHUN 2026

Chart-bar Chart-bar

Lebih 12,000

Berjaya Mendapat Pekerjaan Melalui SMI

Chart-bar Chart-bar

Lebih 4,228

Tenaga Kerja Dilatih

Chart-bar Chart-bar

Lebih 64

Buah Agensi Latihan

© Copyright 2026 - Laman Web Rasmi Unit Strategik Modal Insan Johor
Skip to content