JTDC JOB FAIR @ JOHOR BAHRU BERSEMPENA JELAJAH ORANG MUDA JOHOR (JOJ) DUN LARKIN
16 MEI 2026 | JOHOR BAHRU – Program Jelajah Orang Muda Johor (JOJ) DUN Larkin berlangsung dengan meriah di Medan Niaga, Kampung Melayu Majidi dengan pelbagai aktiviti menarik yang menghimpunkan golongan belia, pencari kerja serta masyarakat setempat dalam suasana yang santai dan penuh manfaat. Melalui JTDC Job Fair, seramai 8 majikan telah membuka peluang pekerjaan menerusi sesi temuduga secara terus, selain berkongsi pelbagai informasi berkaitan peluang kerjaya dan latihan kemahiran kepada para pengunjung.
Program turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor. Inisiatif seperti ini bukan sahaja membuka ruang pekerjaan kepada masyarakat, malah menjadi platform terbaik dalam memperkukuh pembangunan bakat dan kebolehpasaran tenaga kerja Johor ke arah masa depan yang lebih cemerlang. 







