KARNIVAL KERJAYA
JTDCJOBFAIR
JTDC Job Fair 2025 bekerjasama dengan MyFutureJobs dalam merealisasikan sebuah karnival kerjaya yang menghimpunkan pelbagai peluang pekerjaan daripada syarikat tempatan dan antarabangsa. Usaha bersama ini bukan sahaja menyediakan platform pengambilan tenaga kerja, malah turut memberi fokus kepada pembangunan kemahiran, bimbingan kerjaya serta jaringan industri. Sejajar dengan aspirasi Kerajaan Negeri, inisiatif ini berperanan memperkukuh daya saing graduan dan melahirkan tenaga kerja Johor yang berkualiti, profesional serta bersedia menghadapi cabaran ekonomi semasa.






