Tawaran Gaji Premium Lonjak Ekonomi Negeri Johor

Demi merealisasikan hasrat agenda Maju Johor 2030, Kerajaan Negeri menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan muda dengan gaji premium bermula RM4,000 di Bridge Data Centres, Kulai.

Tawaran gaji premium ini dapat melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi di Johor, sekali gus memastikan pembangunan ekonomi negeri terus mampan.

Selaras dengan penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC), inisiatif yang menjadi platform utama bagi pelaksanaan program pembangunan modal insan di Johor dapat mengatasi isu kekurangan tenaga kerja mahir bagi menampung keperluan bakat yang diperlukan industri.

#MajuJohor

Info dari Facebook Media Digital Johor