Taklimat ACCA & ICAEW Bersama Pelajar Kolej Vokasional Kluang
Johor Talent Development Council (JTDC) dengan kerjasama Sunway TES College dan Unit Strategik Modal Insan Johor telah menganjurkan Program Taklimat Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) kepada pelajar Kolej Vokasional Kluang.
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal mengenai peluang pendidikan profesional dalam bidang perakaunan, sekali gus membuka jalan kepada para pelajar untuk membina kerjaya bertaraf global.
Usaha ini diharap dapat melahirkan generasi muda Johor yang berdaya saing, berpengetahuan luas dan bersedia menghadapi cabaran industri pada masa hadapan.