Sesi Penyampaian Sijil Tamat Latihan Jurutera Prototaip di UTHM, Batu Pahat
𝟏𝟒 𝐍𝐎𝐕 – Telah berlangsung sesi Penyampaian Sijil Tamat Latihan Jurutera Prototaip di bawah Program Latihan Kemahiran Johor (PRO-MAHIR) tahun 2024 dengan kerjasama Malaysian Automotive Robotics Institute & IoT (MARii) dan UTHM.
Untuk makluman, seramai 50 peserta telah berjaya menamatkan latihan dan menerima sijil latihan yang disampaikan oleh Encik Herman Bin Raban, Pengurus Besar Unit SMI. Tawaran kursus ini adalah dibawah kategori Johor Retrain (PRO-Mahir) bagi meningkatkan dayasaing dan kebolehpasaran pencari kerja khususnya rakyat Johor.