Sesi Pembentangan Kertas Kerja PRO-MAHIR 2025
📅 2 & 3 Januari 2025 – Telah berlangsung sesi Pembentangan Kertas Kerja bagi Program Pembangunan Kemahiran Johor (PRO-MAHIR). Sesi ini dipimpin oleh Encik Herman Bin Raban, Pengurus Besar Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI), bersama barisan pegawai bagi menilai pembentangan dari pusat-pusat latihan terpilih.
Antara pusat latihan yang terlibat dalam pembentangan kursus berpotensi untuk tahun 2025 adalah:
✅ Akademi Binaan Malaysia Wilayah Selatan (ABM)
✅ Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang (ILP)
✅ Johor Skills Development Centre (JSKILLS)
✅ MRM Technology Sdn Bhd
✅ National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH)
Sesi ini bertujuan untuk memastikan pemilihan kursus yang relevan dan berimpak tinggi dalam membangunkan tenaga kerja mahir di Johor. Nantikan perkembangan seterusnya mengenai PRO-MAHIR 2025! 🚀