Sesi Libat Urus Industri Dibawah Johor Talent Development Council (JTDC)

Johor Talent Development Council (JTDC) telah menganjurkan satu sesi libat urus bersama pemain industri di negeri Johor sebagai usaha berterusan memperkukuh sinergi antara kerajaan dan sektor swasta dalam pembangunan modal insan negeri Johor.

Sesi ini memberi tumpuan khusus kepada peranan dan potensi kolaborasi industri dalam program Skill4Johor, iaitu satu inisiatif strategik yang dirangka bagi melahirkan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan sebenar pasaran pekerjaan.

Melalui sesi ini, pelbagai pandangan, cabaran dan cadangan telah dikongsi, termasuk penyelarasan latihan, peluang penempatan industri, serta sokongan terhadap pemetaan kemahiran yang diperlukan dalam sektor-sektor utama Johor. JTDC komited untuk menjadikan Skill4Johor sebagai platform inklusif yang mampu menjambatani keperluan industri dan potensi bakat tempatan secara mampan dan menyeluruh.