Sesi Libat Urus Bersama Persatuan Kebajikan & Pembangunan Cendekiawan Negeri Johor
Johor Talent Development Council (JTDC) berbesar hati menerima kunjungan daripada Persatuan Kebajikan & Pembangunan Cendekiawan Negeri Johor bagi membincangkan peluang kerjasama strategik dalam memperkukuh agenda pembangunan modal insan di negeri Johor.
Sesi libat urus ini menjadi platform perkongsian pandangan dan idea bagi merangka inisiatif berimpak tinggi yang dapat menyokong pembangunan bakat serta memperkukuh ekosistem cendekiawan di negeri ini.