Sesi Kunjungan Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) Ke Perbadanan Usahawan Johor (PUJB)

Hari ini (22 April 2025), kami menerima kunjungan daripada Unit Strategik Modal Insan Negeri Johor (SMI) yang diketuai oleh Pengurus Besar, Encik Herman bin Raban. Turut dikongsikan maklumat berkenaan Majlis Pembangunan Bakat Johor atau Johor Talent Development Council (JTDC) yang menjadi platform utama dalam melaksanakan pelbagai program pembangunan modal insan di Johor yang diselaras oleh Unit SMI.

.

JTDC dijayakan menerusi Program PRO-MAHIR, dengan fokus yang lebih tersasar bagi menjayakan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor Singapura (JS-SEZ). Bagi menyokong pelaksanaan inisiatif ini, sebanyak RM20 juta telah diluluskan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri 1 semasa majlis pelancaran JTDC yang diadakan pada 3 November 2024 di PERSADA Johor. Dana ini akan disalurkan melalui HRD Corp, sebuah entiti yang bertanggungjawab dalam pengurusan pembangunan tenaga kerja, untuk memastikan pelaksanaan program latihan dan peningkatan kemahiran dapat dijalankan secara holistik dan efektif.

.

Agenda utama di bawah JTDC adalah untuk memastikan bahawa peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh pemain industri di Johor adalah bukan sahaja mencukupi, tetapi juga berkualiti tinggi dengan pakej gaji yang kompetitif dan manfaat yang menyeluruh. Ini bertujuan untuk menarik dan mengekalkan bakat-bakat terbaik, serta memastikan tenaga kerja di Johor memenuhi standard global.

.

Selain itu, kami turut berkongsi peranan PUJB sebagai agensi keusahawanan Negeri Johor dalam membangunkan serta menyediakan usahawan yang berpotensi demi memacu pertumbuhan JS-SEZ. Semoga perbincangan kedua belah pihak ini dapat memacu Johor ke arah negeri maju 2030.

.

Unit Strategik Modal Insan Johor

.

#AmazingPUJB #PUJBKesayanganUsahawan #KeusahawananKerjayaPilihan

Sumber Facebook : Perbadanan Usahawan Johor