Reruai JTDC & Jskills Bersempena Hari TVET Negara 2025

𝐓𝐄𝐌𝐔𝐈 𝐑𝐄𝐑𝐔𝐀𝐈 𝐉𝐓𝐃𝐂 & 𝐉𝐒𝐊𝐈𝐋𝐋𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓!

Sempena sambutan Hari TVET Negara Tahun 2025, Majlis TVET Negara MTVETrasmi telah menjemput agensi Kerajaan Negeri Johor untuk turut serta memeriahkan program ini. Unit Strategik Modal Insan Johor selaku sekretariat Johor Talent Development Council – JTDC dan bersama rakan strategik Johor Skills Development Centre – Johor Skills , telah turun padang bagi menyampaikan pelbagai inisiatif serta peluang latihan kemahiran, penempatan kerja, dan pembangunan modal insan yang ditawarkan di bawah program Kerajaan Negeri Johor.

Jangan lepaskan peluang untuk:

✅ Mendapatkan maklumat terkini berkaitan peluang TVET di Johor
✅ Berinteraksi terus bersama pegawai JTDC & JSkills
✅ Menyertai aktiviti menarik & mendapatkan hadiah eksklusif
✅ Mendaftar terus untuk program latihan kemahiran PRO-Mahir dibawah JSKILLS

📍 Lokasi: Melaka International Trade Centre – MITC
📅 Tarikh: 11 Jun hingga 13 Jun 2025 (Rabu – Jumaat)
⏰ Masa: 8 pagi – 8 malam

Mari bersama-sama memacu masa depan kerjaya anda melalui JTDC & TVET Johor!