Reruai JTDC Bersempena Karnival Pendidikan Kerjaya Murid Sukses 2025
SUKSES 4.0 adalah platform terbaik untuk terokai peluang pendidikan dan kerjaya !!!
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor & Kolej Yayasan Pelajaran Johor atas penganjuran SUKSES PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2025 yang telah berlangsung dengan jayanya.
Sepanjang dua hari program ini, pelbagai pengisian menarik telah dianjurkan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan, dengan kehadiran ribuan pelajar dari seluruh daerah di negeri Johor.
Unit Strategik Modal Insan Johor, selaku sekretariat Johor Talent Development Council – JTDC, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jemputan yang diberikan.
Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang dan diberi tumpuan pelaksanaan di Negeri Johor khususnya.
Tarikh: 𝟭𝟴 & 𝟭𝟵 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱
Tempat: 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿, 𝗞𝗼𝗹𝗲𝗷 𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿
Mari bersama-sama memacu masa depan kerjaya anda melalui JTDC & TVET Johor!