Program International Research, Innovation, Creativity & Engineering 2025 (I-RICE’25)
Soutthern University College telah mengajurkan pertandingan International Research, Innovation, Creativity & Engineering 2025 (I-RICE’25). Ia merupakan acara tahunan yang menyatukan para penyelidik yang datang dari pelbagai latar belakang untuk membentangkan projek dan idea-idea baru, kreatif, dan inovasi.
Encik Herman bin Raban, Pengurus Besar Unit Strategik Modal Insan merangkap Sekretariat Johor Talent Development Council (JTDC), hadir selaku wakil rasmi Yang Berhormat Tuan Aznan Tamin,, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, bagi menjayakan program yang berlangsung di Sutera Mall, Skudai, Johor.