Pro mahir tingkatkan kualiti tenaga kerja johor
PRO MAHIR TINGKATKAN KUALITI TENAGA KERJA JOHOR
Dalam melahirkan bakat tempatan berkemahiran tinggi, Kerajaan Negeri melalui Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) di bawah inisiatif Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) telah melaksanakan Program Pembangunan Kemahiran Johor (Pro-Mahir).
Program ini bukan sahaja meningkatkan kualiti tenaga kerja tempatan supaya selari dengan kehendak industri semasa Negeri Johor, malah ia turut membuka peluang kepada peserta menikmati kelebihan kenaikan gaji dan manfaat yang lebih menyeluruh.
Sumber Facebook : Media Digital Johor