Pre-discussion Between JTDC And RTS Operation Pte Ltd

𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐓𝐚𝐥𝐞𝐧𝐭 𝐃𝐞𝐯𝐞𝐥𝐨𝐩𝐦𝐞𝐧𝐭 𝐂𝐨𝐮𝐧𝐜𝐢𝐥 (𝐉𝐓𝐃𝐂) telah mengadakan sesi perbincangan awal bersama RTS Operation Pte Ltd sebagai langkah permulaan ke arah membentuk kerjasama strategik. Perbincangan ini memberi tumpuan kepada peluang pembangunan modal insan yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri pengangkutan moden serta sokongan terhadap projek-projek berskala besar yang memberi impak kepada ekonomi negeri Johor.

Inisiatif ini juga menjadi platform untuk mengenal pasti bidang kerjasama yang berpotensi, termasuk pembangunan tenaga kerja tempatan, latihan kemahiran khusus serta penyediaan peluang kerjaya yang mampan bagi masyarakat Johor.