Perbincangan Potensi Kerjasama antara Sankyu Technical Academy dan Johor Talent Development Council (JTDC)

Johor Talent Development Council (JTDC) telah mengadakan sesi perbincangan bersama Sankyu Technical Academy bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkukuh pembangunan modal insan di Johor.Perbincangan ini memberi tumpuan kepada peluang kerjasama dalam bidang latihan teknikal, peningkatan kemahiran serta program pembangunan bakat yang sejajar dengan keperluan industri semasa.

JTDC terus komited memperluas jaringan kolaborasi bersama institusi dan industri bagi memastikan bakat tempatan dilahirkan dengan kemahiran yang relevan, berdaya saing serta menyumbang kepada kemajuan ekonomi negeri Johor.