Perbincangan Kerjasama Antara Unit SMI dan UTHM
𝟏𝟒 𝐍𝐎𝐕 𝟐𝟎𝟐𝟒 – Sebuah perbincangan telah diadakan Unit Strategik Modal Insan Johor bersama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM | @uthmjohor di Pejabat Canselori, UTHM Batu Pahat.
Diketuai Encik Herman Bin Raban, Pengurus Besar Unit SMI dan Puan Nur Syafiqah Binti Rahmat, Pegawai Tadbir Pembangunan Sosial, pertemuan meja bulat ini membincangkan topik-topik :
1. Peranan Universiti Awam dan Agensi Tempatan dalam Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC).
2. Peluang Latihan dan Pembangunan Kerjaya melalui Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC).
Kerjasama antara Universiti Awam dan agensi tempatan dalam Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) diharapkan membuka lebih banyak peluang besar untuk memajukan bakat dan kemahiran rakyat Johor.