Perbincangan Kerjasama JTDC, UTHM & Haitian Group
JTDC bersama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Haitian Group telah mengadakan perbincangan bagi meneroka peluang kerjasama strategik dalam pembangunan modal insan, pemindahan teknologi serta pengukuhan ekosistem industri di Johor.
Kerjasama ini dijangka membuka ruang kepada pelaksanaan program latihan, penyelidikan bersama dan inisiatif inovasi yang memberi manfaat kepada rakyat Johor serta menyokong pertumbuhan sektor perindustrian tempatan.
Langkah ini sejajar dengan aspirasi negeri untuk memperkukuh kedudukan Johor sebagai hab pelaburan, pendidikan dan teknologi di rantau ini.