Perbincangan Cadangan Kerjasama Strategik antara Infoniche Training Consultancy Sdn. Bhd. dan Johor Talent Development Council (JTDC)

Johor Talent Development Council (JTDC) menyambut baik cadangan kerjasama strategik bersama Infoniche Training Consultancy Sdn. Bhd. bagi memperkukuh pembangunan modal insan di negeri Johor.

Inisiatif ini dijangka membuka ruang kepada pelaksanaan program latihan berkemahiran tinggi yang mampu meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja tempatan serta menyokong agenda Johor ke arah ekosistem bakat yang lebih dinamik dan berdaya saing.