Perbincangan Antara Sekretariat JTDC Dan Sekretariat TVET Zon Selatan Di Bawah Majlis TVET Negara
Selesai perbincangan antara Sekretariat Johor Talent Development Council (JTDC) dan Sekretariat TVET Zon Selatan di bawah Majlis TVET Negara yang diketuai oleh Dr Muhammad Aswad.
Perbincangan ini membuka ruang kepada penyelarasan strategik dalam pembangunan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional di Johor bersama-sama erat dengan JTDC.
Untuk makluman, seramai 52 individu telah diberi amanah sebagai Penyelaras TVET Parlimen Johor. Peranan mereka amat penting dalam memastikan agenda TVET terus bergerak seiring dengan keperluan industri serta aspirasi pembangunan negeri Johor.
Kami mengharapkan kerjasama erat daripada semua pihak demi merealisasikan impian Johor sebagai hab pendidikan TVET yang terunggul.