Nikkei Forum Medini Johor 2025
Nikkei Forum Medini Johor 2025 menjadi medan strategik yang menyatukan pemimpin industri dan pelabur global dalam membentuk landskap ekonomi baharu Asia Tenggara. Bertempat di Medini, Johor, pusat pertumbuhan dinamik Iskandar Malaysia. Forum ini mengetengahkan dua tunjang utama pembangunan masa depan: pelaburan berkualiti tinggi dan pemerkasaan bakat tempatan.
Johor bukan sahaja menawarkan lokasi yang strategik, malah ia tampil sebagai hab bakat yang kompetitif dan berdaya saing. Melalui forum ini, peluang pelaburan yang mampan dibuka luas, dengan tumpuan kepada sektor berimpak tinggi seperti teknologi hijau, ekonomi digital, dan bandar pintar. Dalam masa yang sama, pembangunan modal insan diberi keutamaan bagi menyokong visi Johor sebagai destinasi utama untuk inovasi, pekerjaan berkemahiran tinggi, dan pembangunan inklusif.