Mesyuarat Penyelarasan Program JTDC Mega Kerjaya Myfuturejobs X PIS X MBPG 2025
Bagi memastikan pelaksanaan Program JTDC Mega Kerjaya 2025 berjalan dengan lancar dan tersusun, satu Mesyuarat Penyelarasan telah diadakan di Bilik Mesyuarat UTC Pasir Gudang.
Perbincangan memberi tumpuan kepada aspek penyelarasan logistik, pengisian aktiviti, serta peranan strategik setiap agensi dalam memastikan program ini mencapai objektif yang ditetapkan.
Program JTDC Mega Kerjaya 2025 bakal menjadi platform utama dalam memperkasa peluang pekerjaan, memperluas latihan kemahiran, serta memperkukuh jaringan kolaborasi antara agensi, institusi pendidikan dan pihak industri. Inisiatif ini turut menyokong aspirasi Kerajaan Negeri Johor ke arah melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berdaya saing.
Dengan komitmen dan kerjasama erat semua pihak, JTDC Mega Kerjaya 2025 dijangka memberi impak besar kepada golongan belia dan pencari kerja, khususnya di kawasan Pasir Gudang dan Johor Bahru, serta seluruh negeri Johor.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Herman bin Raban, Pengurus Besar, Unit Strategik Modal Insan Johor.