Mesyuarat Penyelarasan Majlis Pembangunan Bakat Negeri Johor (JTDC)
Selesai mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Majlis Pembangunan Bakat Negeri Johor (JTDC) yang memfokuskan kepada agenda Pendidikan & Latihan TVET di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang.
Perbincangan telah menyentuh pelbagai aspek termasuk penambahbaikan struktur TVET, peluang latihan kemahiran, serta strategi jangka pendek dan jangka panjang bagi melahirkan modal insan berkualiti, berkemahiran tinggi dan berdaya saing di peringkat global.
TVET bukan sekadar pendidikan teknikal, tetapi pemangkin kepada pembangunan ekonomi Johor yang lebih mapan. Terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan menyumbangkan idea bernas dalam mesyuarat ini.
Sokongan padu daripada pelbagai agensi dan rakan strategik amat penting untuk memastikan inisiatif pembangunan JTDC lebih tersusun, sekali gus memperkukuh aspirasi Johor sebagai peneraju TVET negara.