Mesyuarat Penyelarasan Gerak Kerjaya MYFutureJobs @ Pontian
Mesyuarat penyelarasan Gerak Kerjaya MYFutureJobs @ Pontian di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Pontian telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Kamalludin Bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Pontian Pejabat Daerah Pontian Official. Turut hadir sama Encik Herman bin Raban, Pengurus Besar Unit Strategik Modal Insan Johor bagi program Gerak Kerjaya Johor.
Program ini merupakan siri & jelajah terakhir khususnya daerah Pontian selepas bergerak ke 10 daerah di Negeri Johor seiring bersama-sama Program Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor Tahun 2024.
Ucapan Tahniah & Ribuan Terima Kasih kepada pencari kerja & pengunjung yang hadir serta ditawarkan bekerja sepanjang program ini. Semoga program ini memberi kemudahan & impak yang baik untuk bangsa Johor ke arah Maju Johor 2030.