Mesyuarat Penubuhan Taskforce Johor Talent Development Council (JTDC) bersama Politeknik Johor
Mesyuarat penubuhan Taskforce Johor Talent Development Council (JTDC) telah berlangsung dengan penyertaan dari Politeknik seluruh Johor iaitu Politeknik Ibrahim Sultan, Politeknik METrO Johor Bahru, Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail dan Politeknik Mersing.
Inisiatif ini menjadi platform strategik untuk penyelarasan peranan institusi pendidikan tinggi dalam menyokong agenda pembangunan bakat negeri, sekaligus memenuhi permintaan industri semasa dan masa depan.
Kerjasama erat antara JTDC dan politeknik Johor dijangka membawa impak positif dalam melahirkan graduan TVET yang berdaya saing, berkualiti dan relevan.