Mesyuarat Penubuhan Taskforce Johor Talent Development Council (JTDC) bersama Kolej Kemahiran Johor dan Kolej Yayasan Pelajaran Johor

Mesyuarat penubuhan Taskforce JTDC telah diadakan bersama Kolej Kemahiran Johor dan Kolej Yayasan Pelajaran Johor, institusi di bawah naungan Kumpulan Pendidikan YPJ.

Inisiatif ini bertujuan menyelaras pelan pembangunan bakat secara lebih tersusun dan mampan, selari dengan aspirasi negeri Johor untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dan berdaya saing.

Taskforce JTDC ini diwujudkan sebagai platform strategik bagi merangka hala tuju, menyelaras dan memantapkan ekosistem pembangunan bakat di setiap institusi di negeri Johor. Fokus utama adalah memperkukuh sinergi antara institusi pendidikan dan industri demi melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi, relevan dengan keperluan semasa serta bersedia menghadapi cabaran masa depan.