Mesyuarat Kerjasama Antara JTDC, Temasek Polytechnic, UTHM & TalentCorp

Johor Talent Development Council (JTDC) telah mengadakan mesyuarat kerjasama strategik bersama Temasek Polytechnic, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) bagi membincangkan potensi pembangunan bakat dalam sektor Data Center.

Kerjasama ini dijangka memperkukuh ekosistem modal insan Johor dalam bidang berteknologi tinggi serta memastikan penyediaan tenaga kerja berkemahiran global, selari dengan aspirasi negeri Johor sebagai hab digital serantau.