Majlis Penyerahan Bantuan Geran Peralatan Kepada Politeknik Mersing

Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) melalui Johor Talent Development Council (JTDC) telah menyumbangkan Bantuan Geran Peralatan kepada Politeknik Mersing, yang telah disempurnakan penyerahannya oleh YB Aznan bin Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor.

Bantuan geran peralatan ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Johor untuk memperkukuh pembangunan modal insan melalui bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Sumbangan ini diyakini dapat mempertingkatkan kemudahan pembelajaran, memperkasakan kaedah pengajaran serta memberi peluang kepada pelajar Politeknik Mersing untuk menguasai kemahiran terkini yang relevan dengan kehendak industri semasa.

Unit Strategik Modal Insan Johor melalui JTDC akan terus komited dalam memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi dan latihan kemahiran dengan menyediakan pelbagai sokongan strategik, seiring dengan usaha menjadikan Johor sebagai negeri yang berdaya maju serta berdaya saing tinggi di peringkat nasional dan antarabangsa.

Semoga bantuan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik, peningkatan profesionalisme dan penghasilan graduan TVET yang berkualiti tinggi demi kepentingan negeri Johor dan Malaysia secara keseluruhannya.

Terima kasih Kerajaan Negeri Johor dan Johor Talent Development Council.