Myfuturejobs premium job fair johor siri 1/2025
Alhamdulillah, petang ini saya berkesempatan meninjau buat julung kalinya, MYFUTUREJOBS PREMIUM JOB FAIR JOHOR Siri 1/2025 dengan gaji premium bermula RM 3000 ke atas anjuran PERKESO Johor dengan kerjasama Johor Talent Development Councils (JTDC) di Impiana Hotel Senai, Johor Bahru.
Walaupun cuaca kurang mengizinkan, semangat pencari kerja tetap membara dengan lebih 200 orang hadir untuk merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh pelbagai industri yang terlibat.
Hal ini secara tidak langsung membawa kepada pembangunan inisiatif
JTDC yang berperanan untuk meningkatkan peluang kerjaya kepada anak Johor dengan gaji yang premium.
Sungguh menginspirasikan melihat kesungguhan anak-anak Johor dalam mencari pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengalaman mereka. Saya juga sempat beramah mesra dengan para pencari kerja dan berkongsi pandangan tentang kepentingan pembangunan bakat serta peluang yang tersedia di negeri ini.
Semoga setiap usaha mereka membuahkan hasil dan membawa kepada kerjaya yang cemerlang. Terima kasih kepada PERKESO Johor dan JTDC atas inisiatif hebat ini.