Lawatan Kerja Ke Ibu Pejabat Talent Corporation Malaysia Berhad (Talentcorp) Di Petaling Jaya.

Selepas mesyuarat bersama YB Menteri Pendidikan Tinggi, saya berkesempatan melakukan lawatan kerja ke ibu pejabat Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) di Petaling Jaya.

Lawatan ini membuka ruang kolaborasi dan perbincangan yang bermanfaat dalam usaha memperkukuh pembangunan modal insan, khususnya di negeri Johor.

Kami turut berkongsi idea serta pandangan demi memperkasa bakat dan kemahiran anak muda Johor agar lebih bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan masa kini. Peranan strategik TalentCorp amat penting dalam menjayakan inisiatif pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi khususnya inisiatif Johor Talent Development Council (JTDC).

Turut sama, Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp Malaysia, Mr Thomas Mathew.