Kunjungan Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor Ke Unit Stategik Modal Insan Johor
Unit Strategik Modal Insan Johor berbesar hati menerima kunjungan deligasi daripada Kumpulan Pendidikan YPJ yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif baharu, Tuan Haji Mohd Fahmi bin Salam serta barisan anak syarikat Kolej Kemahiran Johor & Kolej Yayasan Pelajaran Johor.
Kunjungan ini membincangkan tentang dana kemahiran Skills 4 Johor dan PRO-Mahir yang memfokuskan latihan kemahiran Johor.
Semoga pertemuan ini mendapat hasil yang baik bagi anak bangsa Johor pada tahun ini dan tahun mendatang.