Kunjungan Hormat The Ceremony Event Sdn. Bhd. Ke Johor Talent Development Council (JTDC)
Johor Talent Development Council (JTDC) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada The Ceremony Event Sdn. Bhd. bagi membincangkan peluang kerjasama strategik dalam memperkukuh agenda pembangunan bakat di negeri Johor.
Pertemuan ini turut membuka ruang perbincangan mengenai potensi kolaborasi dalam pelaksanaan program berimpak tinggi yang menyokong aspirasi pembangunan modal insan negeri.