Kunjungan Hormat Southern University College ke Johor Talent Development Council (JTDC)
Johor Talent Development Council (JTDC) telah menerima kunjungan hormat daripada Southern University College dalam usaha memperkukuh jalinan kerjasama strategik. Pertemuan ini memberi ruang kepada perbincangan mengenai inisiatif pembangunan bakat, peluang kolaborasi akademik serta strategi bersama dalam memperkasa ekosistem modal insan Johor.
Melalui kerjasama ini, JTDC yakin dapat memperluas jaringan sinergi dengan institusi pendidikan tinggi demi melahirkan modal insan berdaya saing, selari dengan aspirasi pembangunan negeri Johor.