Kerjasama Strategik Antara Johor Talent Development Council (JTDC) Dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Johor Talent Development Council (JTDC) terus memperkukuh jaringan strategik melalui jalinan kerjasama bersama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Kerjasama ini menjadi platform penting dalam memperkasa pembangunan modal insan berkemahiran tinggi serta memperluas peluang peningkatan kebolehpasaran graduan di negeri Johor.
Sinergi antara JTDC dan UTHM ini diharap dapat melahirkan tenaga kerja berdaya saing yang seiring dengan keperluan industri semasa serta menyokong agenda pembangunan Johor ke arah negeri maju dan berkemahiran tinggi.