IWG-JTDC : Sinergi Strategik Menerajui Pembangunan Bakat Johor

Selesai mempengerusikan mesyuarat Industry Working Group (IWG) – Johor Talent Development Council (JTDC) bersama jabatan dan agensi yang terlibat.

IWG merupakan inisiatif strategik yang membuka ruang libat urus secara berstruktur bagi memastikan pembangunan bakat negeri Johor benar-benar menepati keperluan industri semasa.

Penubuhan IWG ini memainkan peranan penting sebagai platform kolaboratif dalam mengenal pasti keperluan sebenar industri, jurang kemahiran, dan kompetensi masa hadapan.

IWG turut memberi input strategik kepada pelbagai inisiatif utama JTDC termasuk program upskilling, reskilling, serta perancangan tenaga kerja masa hadapan selaras dengan keperluan sektor JS-SEZ seperti sektor pembuatan, ekonomi digital, pendidikan, pelancongan kesihatan, tenaga, logistik dan keterjaminan makanan.

Sinergi antara semua pihak amat penting dalam memastikan Johor terus muncul sebagai pusat pembangunan bakat unggul negara. Ini bukan lagi masa untuk bekerja secara silo, kini masa untuk berganding bahu demi Johor yang lebih inklusif.

Turut sama, YB Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor.