Pengenalan
Karnival Kerjaya adalah sebuah inisiatif utama yang dilakukan bagi tujuan memperkasakan modal insan di negeri Johor. Program ini bertindak sebagai pemangkin dalam usaha menyokong pembangunan kerjaya dan menjamin peluang pekerjaan yang lebih luas untuk rakyat Johor. Dahulunya dikenali sebagai Gerak Kerjaya Johor. Pada tahun 2025, penjenamaan semula dilakukan dengan memperkenalkan nama baharu iaitu JTDC Job Fair, sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri untuk memberikan wajah yang lebih segar, profesional dan berdaya saing tinggi.
Fokus Program
Salah satu komponen penting Karnival Kerjaya adalah mewujudkan ekosistem pemadanan pekerjaan yang efisien. Melalui pameran kerjaya, portal pekerjaan, dan temuduga terbuka, program ini memudahkan interaksi antara pencari kerja dan majikan. Ia juga memastikan pekerja ditempatkan dalam sektor yang sesuai dengan kelayakan dan kemahiran mereka.
Objektif
Objektif pelaksanaan program Karnival Kerjaya ini adalah bagi menyediakan platform untuk membantu rakyat mendapatkan pekerjaan daripada pelbagai sektor sekaligus membantu pihak majikan mendapatkan tenaga kerja dengan lebih mudah.
Meningkatkan Peluang Pekerjaan:
- Membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Johor melalui kerjasama dengan syarikat tempatan dan antarabangsa.
- Menyediakan platform pencarian kerja, seperti pameran kerjaya dan portal pekerjaan dalam talian.
Mengurangkan Kadar Pengangguran:
- Program ini secara langsung bertujuan untuk membantu golongan penganggur, graduan baharu, dan individu yang diberhentikan kerja mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran mereka.
Memperkukuh Hubungan Industri:
- Mewujudkan jaringan kukuh antara kerajaan, agensi berkaitan, dan sektor swasta untuk memastikan kesinambungan peluang pekerjaan.
Statistik Keseluruhan Program (Tahun 2025)
Data sehingga 30 Jun 2025
Pengunjung
orang
Kekosongan Jawatan
jawatan
Jumlah Majikan
majikan
Statistik keseluruhan program (Tahun 2023, 2022, 2021)
Penafian
Unit Strategik Modal Insan Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Statistik Pengunjung
Jumlah Pengunjung : 43894
Tarikh Kemaskini : 21 October 2025
Hubungi Kami
Unit Strategik Modal Insan Johor
Level 11, Tower A, Menara IIB, Persiaran
Medini Sentral 1, Bandar Medini Iskandar,
Gelang Patah, Malaysia, 79250.
Tel: +(607) 266 7272
E-mel: unitsmi@johor.gov.my