Hari Terakhir Reruai JTDC & Jskills Bersempena Hari TVET Negara 2025

Ucapan Tahniah dan Terima Kasih !!!

Syabas dan tahniah diucapkan kepada MTVETrasmi atas penganjuran Hari TVET Negara 2025 yang telah berlangsung dengan jayanya. Sepanjang tiga hari program ini berlangsung, pelbagai pengisian menarik telah dianjurkan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan, dengan kehadiran ratusan pengunjung dari seluruh negeri di Malaysia.

Unit Strategik Modal Insan Johor, selaku sekretariat Johor Talent Development Council (JTDC), bersama rakan strategik Johor Skills Development Centre (Johor Skills) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jemputan yang diberikan.

Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang dan diberi tumpuan pelaksanaan di Negeri Johor khususnya.

📍 Lokasi: Melaka International Trade Centre – MITC
📅 Tarikh: 11 Jun hingga 13 Jun 2025 (Rabu – Jumaat)
⏰ Masa: 8 pagi – 8 malam

Mari bersama-sama memacu masa depan kerjaya anda melalui JTDC & TVET Johor!