Hala Tuju Strategik ADTEC JTM Kampus Senai Bersama Johor Talent Development Council (JTDC)
Menjayakan visi Johor menuju tenaga kerja berkemahiran tinggi!
Perbincangan hala tuju antara ADTEC JTM Kampus Senai dan Johor Talent Development Council (JTDC) memperkukuh sinergi dalam usaha memperkasakan pembangunan bakat teknikal dan profesional di negeri Johor.
Inisiatif ini menumpukan kepada penyelarasan program latihan, peningkatan kebolehpasaran graduan serta penerokaan peluang kolaborasi strategik antara institusi latihan dan industri. Langkah ini sekaligus menyokong agenda negeri untuk melahirkan tenaga kerja kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran ekonomi masa hadapan.