Lawatan Kerja Di UNITED KOTAK BERHAD Bagi Program SKILLS4JOHOR

Johor Talent Development Council (JTDC) telah mengadakan lawatan kerja di UNITED KOTAK BERHAD bagi Program SKILLS4JOHOR sebagai usaha berterusan memperkukuh agenda pembangunan bakat dan kemahiran di negeri Johor.

Lawatan ini bertujuan meninjau pelaksanaan program di peringkat majikan, di samping memastikan setiap inisiatif latihan dijalankan dengan berkesan dan memberi impak positif kepada tenaga kerja sedia ada.

Melalui Program SKILLS4JOHOR, kerajaan negeri Johor komited untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir, berdaya saing dan bersedia menghadapi keperluan industri semasa.