Perbincangan Projek Bantuan Geran Peralatan Bersama Pusat Latihan Jskills dan FD Technology

Sesi perbincangan bersama Pusat Latihan Johor Skills Development Centre (Jskills) serta pihak pembekal, FD Technology & Enterprise telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan projek Bantuan Geran Peralatan Kepada Pusat Pendidikan & Latihan.

Sesi ini bertujuan memastikan setiap item yang terlibat dalam projek ini disemak dengan teliti serta menyelesaikan sebarang isu yang berbangkit sebelum pelaksanaan.