Libat Urus Bahagian Pendidikan Tinggi Mara Bersama JTDC

Johor Talent Development Council (JTDC) telah menerima kunjungan libat urus daripada Bahagian Pendidikan Tinggi MARA bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam bidang pembangunan bakat dan pendidikan tinggi.

Sesi ini membuka ruang perbincangan yang konstruktif merangkumi aspek pemantapan kemahiran, kebolehpasaran graduan serta pengukuhan ekosistem modal insan berdaya saing.

Kerjasama ini diharapkan dapat memperkukuh agenda pembangunan bakat negeri Johor sekaligus menyokong aspirasi nasional dalam melahirkan tenaga kerja berimpak tinggi.