Lawatan Kerja Delegasi JTDC Ke Sankyu Technical Academy

Delegasi Johor Talent Development Council (JTDC) telah mengadakan lawatan kerja ke Sankyu Technical Academy, sebuah institusi latihan yang terkenal dengan kepakaran teknikal dan kejuruteraan.

Lawatan ini membuka ruang perbincangan mengenai peluang kerjasama strategik dalam pembangunan bakat, pemindahan pengetahuan, serta peningkatan kemahiran teknikal anak muda Johor agar lebih berdaya saing dalam industri.

JTDC komited untuk terus memperkukuh jaringan kerjasama dengan rakan industri bagi melahirkan modal insan berkualiti tinggi demi menyokong pertumbuhan ekonomi negeri.