Perbincangan JTDC bersama K2 Strategic Infrastructure Malaysia: Ke Arah Pertumbuhan Mampan Johor

Johor Talent Development Council (JTDC) bersama K2 Strategic Infrastructure Malaysia Sdn. Bhd. telah mengadakan satu sesi perbincangan strategik yang memberi tumpuan kepada penerokaan potensi kerjasama jangka panjang.

Perbincangan ini bertujuan memperkukuh agenda pembangunan bakat, memperluaskan rangkaian kerjasama strategik, serta merangka inisiatif berimpak tinggi yang sejajar dengan aspirasi pembangunan mampan dan kesiapsiagaan tenaga kerja di Johor.

🤝 JTDC terus komited untuk membina jaringan kerjasama bersama rakan strategik dalam usaha memperkasakan modal insan demi kelestarian ekonomi negeri.