Jelajah Orang Johor (JOJ) Dun Serom
Hari ini, JTDC turut sama berada di Jelajah Orang Johor DUN Serom, mendekatkan lagi maklumat dan peluang ini kepada masyarakat setempat. Kehadiran rerai JTDC bukan sekadar memperkenalkan inisiatif kerajaan negeri, tetapi juga sebagai ruang untuk anak-anak muda Serom mengenali potensi mereka, berbincang secara langsung dengan wakil JTDC, dan membuka pintu ke arah masa depan yang lebih baik.
Inilah masanya untuk belia Johor, khususnya di Serom, mengambil langkah pertama menuju perubahan. Dengan sokongan kerajaan negeri, industri, dan masyarakat, Johor terus komited melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing serta bersedia memacu kemajuan negeri. Bersama-sama, kita jadikan Johor sebagai negeri yang maju dengan bakat dan kebolehan rakyatnya.