Reruai JTDC Bersempena Jelajah Orang Johor (JOJ) Dun Bukit Permai, Kulai, Johor
Unit Strategik Modal Insan Johor selaku sekretariat Johor Talent Development Council – JTDC telah turun padang bagi menyampaikan pelbagai inisiatif serta peluang latihan kemahiran, penempatan kerja, dan pembangunan modal insan yang ditawarkan di bawah program Kerajaan Negeri Johor.
Jangan lepaskan peluang untuk:
Mendapatkan maklumat terkini berkaitan peluang TVET di Johor
Berinteraksi terus bersama pegawai JTDC.
Menyertai aktiviti menarik & mendapatkan hadiah eksklusif
Seorang peserta PRO-Mahir (Kanan) tajaan Unit Strategik Modal Insan Johor merakamkan ucapan terima kasih atas peluang dan bimbingan yang diberikan dalam bidang Elektrik pada tahun 2025, yang telah diuruskan oleh sebuah kolej di Pasir Gudang, Johor.
Lokasi: FELDA Taib Andak, Kulai
Tarikh: 7 September 2025 / Ahad