Sesi Semakan Dokumen URS Sistem Hasil Tanah Johor
Sesi semakan Spesifikasi Keperluan Pengguna (User Requirement Specification – URS) bagi Pembangunan Sistem Hasil Tanah Johor telah diadakan bagi mendapatkan pengesahan pengguna sebelum dokumen ini dimuktamadkan.
Mesyuarat ini dijalankan di Nexus Room, Johor Talent Development Council (JTDC) sebagai lokasi perbincangan, melibatkan pihak berkepentingan yang terlibat secara langsung dalam pembangunan sistem tersebut.