Pre-discussion Between JTDC And My Emobility Sdn Bhd
Johor Talent Development Council (JTDC) telah mengadakan sesi perbincangan awal bersama My Emobility Sdn. Bhd. bagi meneroka peluang kerjasama strategik dalam bidang pembangunan modal insan, khususnya melibatkan teknologi mobiliti masa hadapan.
Perbincangan ini membuka ruang ke arah perkongsian kepakaran dan inisiatif bersama yang berpotensi menyumbang kepada ekosistem pembangunan bakat di Johor, sejajar dengan agenda negeri dalam memperkukuhkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.